Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.
Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapatgout.Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.
Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.
Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapatgout.Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.
Tisu lembut
Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.
Manakala bagi peringkat kronik, serangangout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.
Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.
“Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.
“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” katanya.
Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.
Tanda-tanda
Ciri-ciri klasik adalah sakit melampau (excruciating pain ) yang mengejut biasanya bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki (75% daripada serangan pertama adalah sendi metatarsal-phalangeal pertama).
FAKTOR RISIKO
· Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
· Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
· Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
· Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
· Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
· Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.
Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Kata Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.
Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout. .
Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.
Mewarisi
Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.
Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.
Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhakan gout tetapi masalah ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengambil ubat tahan sakit seperti endometacin (indocid) dan diclofenac (voltaren).
Individu yang kerap mengalami serangangout sebaik-baiknya mempunyai bekalan ubat allopurinol di rumah untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.
Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.
RAWATAN SEMULAJADI GAUT
- Cuka Epal (Apple Cider Vinegar, ACV)
- Cuka epal sangat membantu dalam merawat gout dan artritis. Sifat keasidan ACV ini akan membantu melegakan sakit. Anda juga boleh tambahkan madu untuk meningkatkan tindak balas anti-radang
- Campurkan 1 sudu kecil cuka epal dalam segelas air suam, minum 2-3 kali setiap hari. Jika anda rasa rawatan ini membantu, boleh naikkan dos cuka epal ini kepada 2 sudu besar.
- Anda juga boleh campurkan 2 sudu besar cuka epal organik bersama dua sudu besar madu. Ambil 2 kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali sebelum waktu tidur
- Halia
- Ciri-ciri anti radang yang ada pada halia membantu melegakan kesakitan dan keradangan. Ada beberapa cara untuk merawat gout menggunakan halia.
- Campurkan serbuk halba, serbuk kunyit dan serbuk halia kering dalam nisbah yang sama. Ambil 1 sudu dari campuran ini bersama-sama dengan air suam. Ambil 2 kali setiap hari.
- Anda juga boleh membanyakkan halia dalam masakan dan boleh juga dimakan mentah.
- Selain itu, dengan halia ini, anda boleh tambahkan setengah sudu kecil halia ini dalam satu cawan air mendidih dan kacau sehingga betul-betul sebati. Minum sekurang-kurangnya sehari sekali.
- Anda juga boleh membuat paste halia dengan sedikit air dan tampalkan di kawasan yang terkena gout ini. Biarkan dalam setengah jam. Buat sehari sekali
- Baking Soda
- Salah satu sebab utama gout ini adalah peningkatan asid urik dalam badan.
- Baking soda ini selain digunakan untuk membuat kek, dapat juga membantu mengurangkan jumlah asid urik dan seterusnya memberikan anda kelegaan daripada kesakitan.
- Campurkan setengah sudu kecil baking soda dalam segelas air dan minum. Minum 4 kali sehari. JANGAN LEBIH. Teruskan sehingga 2 minggu.
- Jika anda berusia 60 tahun, jangan ambil lebih dari 3 kali sehari
- Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, tidak perlu cuba kaedah rawatan ini ye
- Jus Lemon
- Untuk melegakan sakit gout, adalah penting untuk mengalkalikan badan dan seterusnya meneutralkan asid urik yang berlebihan dalam aliran darah. Ini boleh dilakukan dengan mudah dengan jus lemon segar dan baking soda.
- Lemon adalah sejenis buah sitrus yang sangat unik, yang akan bertukar sifat asidnya apabila masuk ke dalam perut kita.
- Buah Ceri
- Terkenal dengan sifat anti-oksidannya. Ceri juga mengandungi anthocyanins yang boleh mengurangkan keradangan.
- Bagi pesakit gout, sehari disyorkan untuk mengambil 15-20 biji ceri. Untuk dapatkan hasil yang terbaik, amalkan mengambilnya pada awal pagi.
- Epsom Salt
- Epsom salt ini memang mempunyai banyak kebaikan. Di rumah Zarith dan ibu memang tak pernah kehabisan garam epsom ni. Zarith gunakan ia dalam merawat Zuyyin dan Zayra yang demam, batuk dan selesema.
- Jumlah magnesium yang tinggi dalam epsom salt ini akan memperbaiki keadaan jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi.
- Untuk mandi, tambahkan 2 cawan epsom salt ini ke dalam air suam. Rendamlah badan anda dalam air ini sehingga air menjadi sejuk. Lakukan seminggu sekali. Tapi sekiranya anda penghidap gout yang teruk, boleh lakukan sehingga 2-3 kali seminggu.
- Anda boleh dapatkan Epsom salt ini di guardian. Ianya berharga RM 5.90 je sekotak.
- Pisang
- Pisang juga berkesan untuk melawan gout. Kandungan kalium yang tinggi dalam pisang akan membantu menukar kristal asid urik ini kepada bentuk cecair yang akan dibuang melalui urine semasa buang air kecil.
- Pisang juga mengandungi jumlah Vitamin C yang sederhana dan sangat berkesan dalam menguruskan bengkak dan kesakitan.
- Amalkan makan 1-2 biji pisang sehari, Inshaa Allah dapat membantu
- Epal
- Malic acid yang terdapat dalam buah epal akan membantu meneutralkan asid uric dalam badan dan seterusnya mengurangkan kesakitan dan keradangan akibat gout
- Arang Batu Yang Diaktifkan.
- Ia terkenal untuk menyerap asid urik. Jadi, untuk penghidap gout digalakkan mandi arang ini 1-3 kali seminggu
- Campurkan satu setengah cawan serbuk arang dengan air sehingga membentuk paste dan letakkan paste ke dalam tab mandi dan tambahkan lebih banyak air. Rendamkan bahagian badan yang sakit sekurang-kurangnya setengah jam
- Cara ini sangat sesuai untuk penghidap gout pada buku lali atau kaki yang besar. Untuk bahagian badan yang lain, boleh terus letakkan paste tadi secara terus ditempat yang sakit. Biarkan sehingga setengah jam dan bilas dengan air suam.
- Makanan Laut
Ikan dan makanan laut yang lain mengandungi lebih tinggi purines dan plumbum.
Makanan gout untuk mengelakkan senarai termasuk: kerang, sardin, herring, ikan bilis, ikan kembung, tiram, udang, ketam dan udang. Ikan lain yang sederhana tinggi dalam purines termasuk tuna, ikan, codfish, halibut, hinggap, salmon, ikan, dan trout, dan ikan.
- Gula & Produk Bergula
Ini ialah kategori makanan yang patut dielakkan bagi kebanyakan penghidap gout. Berasaskan gula dan tinggi fruktosa atau sirap jagung tidak baik untuk penghidap gout. Kek dan gula-gula juga termasuk dalam kategori ini.
- Daging Merah
Daging tinggi dengan zat besi dan protein boleh memberi kesan kepada usaha meningkatkan tahap asid urik.
Daging perlu dielakkan atau pengambilan secara sederhana semasa mengambil GC® bergantung terhadap tahap gout seperti steak, daging kambing, sosej, daging yang diproses, daging kisar dan bahagian dalaman seperti hati, paru dan sebagainya
- Sayur-Sayuran/kacang
Kajian telah menunjukkan bahawa sayur-sayuran tidak meningkatkan tahap asid urik seperti makanan lain yang tinggi purin. Sayur-sayuran patut digalakkan tetapi beberapa jenis mengandungi lebih tinggi purin.
Sayur-sayuran yang lebih tinggi purines termasuk asparagus, cendawan, sayur-sayuran hijau gelap (kerana tahap zat besi lebih tinggi), kekacang, kacang merah, kacang hijau, kubis bunga, tauhu, dan juga tomato kerana keasidan lebih tinggi dan ph lebih rendah.
Makanan lain yang perlu dielakkan atau diambil secara sederhana termasuk kuah berdaging, kacang panggang, makanan bergoreng (minyak dipanaskan memusnahkan vitamin E), kek, produk manis, buah-buahan kering seperti kranberi dan aprikot, oat, dan produk yis seperti roti manis kerana tinggi keasidan dan purin. Perlu elakkan makanan yang mengandungi zat besi, niasin, multi-vitamin.
- Roti
Jika anda seorang pesakit akut, anda perlu memberi perhatian kepada roti yang dimakan. Bijirin penuh seperti roti gandum, oat dan kebanyakkan bijirin mempunyai kandungan purin yang lebih tinggi daripada bijirin halus. Pilih roti putih, pasta, dan beras putih untuk menghadkan pengambilan purin. Jika inginkan bijirin penuh, hadkan pengambilan beberapa kali seminggu kerana bijirin penuh boleh meningkatkan tahap asid urik.
Setiap orang adalah berbeza dan makanan yang penyebab gout berbeza bagi sesetengah orang. Ketahui apa yang boleh dan tidak boleh makan, dan elakkan makanan yang boleh memberi kesan gout. Ia akan memberi manfaat dalam jangka masa panjang.
No comments:
Post a Comment